Booster kurang sambutan, Covid-19 mungkin meningkat di Kelantan - Utusan Malaysia

Booster kurang sambutan, Covid-19 mungkin meningkat di Kelantan

DR. IZANI Husin (dua kiri) menyerahkan replika cek Bantuan Peruntukan Pembelian Tong Sampah kepada wakil MPKB-BRI selepas Program Gotong-Royong PCB dan Pantai Kundur, Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jangkitan Covid-19 mungkin meningkat di Kelantan apabila Malaysia dalam Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April depan kerana jumlah penerima suntikan dos penggalak di negeri ini terlalu rendah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, berdasarkan maklumat terkini, Kelantan kekal antara negeri terendah dari segi pengambilan dos penggalak.

“Kelantan adalah antara yang terendah bagi jumlah penerima dos penggalak iaitu lebih kurang 22.7 peratus.

“Kes jangkitan Covid-19 masih lagi tinggi di Kelantan iaitu 635 kes semalam dan keadaan ini tidak mengejutkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Gotong-Royong Pesisir di Pantai Cahaya Bulan (PCB) dan Pantai Kundur, di sini hari ini.

Program itu turut disertai Yang Dipertua Majlis Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.

Dalam program itu, hampir 1,000 individu terdiri daripada wakil badan bukan kerajaan (NGO), penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan agensi kerajaan menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan PCB dan Pantai Kundur.

Mengulas lanjut, Dr. Izani menyeru orang ramai di negeri ini supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai berita palsu menceritakan tentang keburukan vaksin dan dos penggalak, sebaliknya mengambil suntikan itu sebagai ikhtiar perlindungan diri.

“Saya juga berharap orang ramai dapat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Mereka sepatutnya faham dan menjadikan apa yang kita lalui dua tahun lalu sebagai pengajaran,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya