Bomba bantu tanam empat ekor anak kucing mati dipercayai diracun

Bomba bantu tanam empat ekor anak kucing mati dipercayai diracun

ANGGOTA bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau membantu menanam empat ekor anak kucing yang mati dipercayai diracun di Gerai Majlis Perbandaran Jempol di pekan Bahau, Jempol semalam.-GAMBAR/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau di sini semalam buat pertama kalinya menghulurkan bantuan menanam empat ekor anak kucing yang mati dipercayai diracun dalam kejadian di Gerai Majlis Perbandaran Jempol di pekan Bahau, semalam.

Ketuanya, Muhamad Rasul Hashim berkata, aduan diterima dari peniaga di situ yang memaklumkan terdapat empat ekor anak kucing yang mati di belakang gerai tersebut.

“Ketika itu sepasukan anggota baru sahaja selesai menjalani latihan kawad mahu bersarapan di gerai yang terletak berdekatan. Mereka kemudian didatangi peniaga yang meminta pertolongan untuk menanam empat ekor anak kucing yang mati tersebut.

“Anggota bomba terlibat kemudian ke belakang gerai dan mendapati terdapat empat ekor anak kucing yang sudah pun mati dipercayai ternakan racun. Mereka kemudian menanam semua anak kucing itu di kawasan hujung gerai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Muhamad Rasul, kejadian itu pertama kali seumpamanya diterima dan ia agak meninggalkan rasa hiba kepada para anggota.

“Kami berasa agak tersentuh kerana semasa kesemua kucing yang mati diletakkan di dalam tanah yang telah dicangkulkan, terdapat dua ekor kucing dewasa dipercayai si ibu yang menghampiri pasukan bomba seolah-olah mahu melihat kesemua anak kucing berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya