Banjir: Mangsa di Terengganu hampir 18,000 orang

Banjir: Mangsa di Terengganu hampir 18,000 orang

banjir
PENDUDUK membersihkan kediaman mereka yang dipenuhi lumpur di Kampung Bukit Gemuruh, Hulu Terengganu, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hari kelima banjir di Terengganu menyaksikan jumlah mangsa terus meningkat mencecah hampir 18,000 orang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 8 pagi ini, kesemua 17,742 mangsa melibatkan 4,557 keluarga ditempatkan di 141 pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, walaupun hujan mulai berhenti di kesemua lapan daerah. Tetapi, bilangan mangsa masih tidak berkurangan terutama di Kemaman berikutan banjir akibat air pasang besar.

“Kemaman kini merekodkan 8,027 mangsa diikuti Hulu Terengganu (3,700 orang), Dungun (2,988) dan Besut (908).

“Di Setiu, mangsa menurun kepada 848 orang, Kuala Terengganu (728 orang), Kuala Nerus (538 orang) dan Marang (lima orang),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ketika ini, kerja-kerja pembersihan banjir giat dilakukan penduduk. Namun di Hulu Terengganu aktiviti itu berdepan cabaran kerana gangguan bekalan air yang dialami sejak semalam.

Di Kelantan, situasi bertambah baik apabila 8,359 orang daripada 2,727 keluarga berada di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 10.30 pagi.

Menurut laman sesawang InfoBencanaJKM, jajahan Pasir Mas masih menempatkan mangsa teramai melibatkan 7,608 orang.

Ianya diikuti Tanah Merah (288), Pasir Puteh (283) dan Kuala Krai (180).

Difahamkan, walaupun cuaca baik, air mula naik di sekitar jajahan Tumpat akibat limpahan air Sungai Golok, namun, setakat ini belum ada pemindahan dibuat.

Sementara itu, portal ebanjirkelantan.gov.my menunjukkan dua batang Sungai Golok iaitu di Rantau Panjang dan Kuala Jambu masih berada pada paras amaran. UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya