Banjir di Kelantan bertambah baik - Utusan Malaysia

Banjir di Kelantan bertambah baik

ANGGOTA IPD Pasir Mas membantu menolak motosikal Mohd. Faizal Zawawi yang terkandas dalam air banjir di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di negeri ini bertambah baik apabila 8,359 orang daripada 2,727 keluarga berada di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 10.30 pagi.

Menurut laman sesawang InfoBencanaJKM, jajahan Pasir Mas masih menempatkan mangsa teramai melibatkan 7,608 orang.

Ianya diikuti Tanah Merah (288), Pasir Puteh (283) dan Kuala Krai (180).

Difahamkan, walaupun cuaca baik, air mula naik di sekitar jajahan Tumpat akibat limpahan air Sungai Golok, namun, setakat ini belum ada pemindahan dibuat.

Sementara itu, portal ebanjirkelantan.gov.my menunjukkan dua batang Sungai Golok iaitu di Rantau Panjang dan Kuala Jambu masih berada pada paras amaran. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya