Banjir: Lima balai polis di Kelantan rosak teruk - Utusan Malaysia

Banjir: Lima balai polis di Kelantan rosak teruk

MUHAMAD Zaki Harun (kiri) menyampaikan sumbangan kotak makanan di SMA Kajang Sebidang di Tumpat hari ini. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Sekurang-kurangnya, lima balai polis di daerah ini, Rantau Panjang serta Pasir Mas dilaporkan terjejas dan rosak teruk akibat banjir di luar jangka yang berlaku di negeri ini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya dalam proses menilai tahap kerosakan bangunan dan aset sebelum dihantar ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

Katanya, antara balai polis yang terjejas akibat banjir tersebut ialah Balai Polis Rantau Panjang, Balai Polis Bakong, Balai Polis Jeram Perdah, Balai Polis Simpangan dan Balai Polis Kuala Jambu.

“Selain itu, kita juga akan membantu kira-kira 30 keluarga polis yang mana rumah mereka turut terjejas dalam kejadian banjir baru-baru ini melalui tabung kebajikan polis,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Pasca Banjir dan Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Banjir di Sekolah Menengah Arab (SMA) Kajang Sebidang, Kuala Jambu di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhamad Zaki berkata, setakat ini, polis menerima 1,278 laporan yang dibuat mangsa banjir membabitkan pelbagai kerosakan harta benda seperti rumah, kenderaan dan tanaman.

“Kita akan kumpulkan laporan kerosakan yang dialami dan akan salurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk tindakan lanjut bagi membantu semua mangsa banjir,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya