6,254 pelajar UMK kembali ke kampus secara berperingkat - Utusan Malaysia

6,254 pelajar UMK kembali ke kampus secara berperingkat

PELAJAR mula berdaftar masuk secara berperingkat di UMK Bachok hari ini. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seramai 6,254 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mendaftar masuk secara berperingkat bermula hari ini bagi mengikuti sesi pengajian secara bersemuka untuk semester baharu yang bermula pada 20 Mac depan.

Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak berkata, daripada jumlah itu, 4,527 pelajar memohon penginapan di kolej kediaman manakala baki 1,727 pelajar memilih untuk menginap di luar kampus.

“Pendaftaran masuk untuk sesi akademik 2021/2022 ini diadakan secara berperingkat bermula semalam sehingga 19 Mac melibatkan pelajar semua tahun pengajian di ketiga-tiga kampus iaitu UMK Bachok, UMK Kota Bharu dan UMK Jeli.

“Setakat hari ini, seramai 816 pelajar sudah mendaftar masuk dengan pematuhan ketat garis panduan termasuk perlu mengemaskini status kesihatan di Mysejahtera,” katanya ketika ditemui di Pusat Saringan Kesihatan Covid-19 di UMK Bachok, di sini hari ini.

Sempena pendaftaran masuk pelajar, pengurusan UMK turut menyediakan pusat saringan kesihatan dan kit ujian kendiri Covid-19 yang dikendalikan oleh Pusat Kesihatan Universiti dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Dr. Razli dalam pada itu menambah, pelajar perlu menjalani ujian kendiri dalam tempoh tiga hari sebelum bertolak ke kampus dan hanya mereka yang disahkan negatif sahaja dibenarkan kembali ke kampus manakala yang bergejala diminta menangguhkan kemasukan.

“Hebahan kesihatan juga akan sentiasa dikemas kini bagi memastikan pelajar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan sepanjang tempoh mengikuti pengajian dalam kampus,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya