543 calon tidak hadir hari pertama SPM di NS akibat Covid-19

543 calon tidak hadir hari pertama SPM di NS akibat Covid-19

calon
MD. Fiah Md. Jamin (kiri) dan Dr. Ahmad Rafee (dua dari kiri) melihat pelajar-pelajar SMK Kompleks KLIA yang memasuki dewan peperiksaan bagi menduduk peperiksaan SPM yang bermula hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 543 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di Negeri Sembilan tidak dapat menduduki hari pertama peperiksaan tersebut hari ini selepas mereka dijangkiti Covid-19.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Md. Fiah Md. Jamin berkata, kesemua mereka daripada keseluruhan 14,871 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang kini sedang menjalani kuarantin termasuk di asrama sekolah ataupun di kediaman masing-masing.

“Mereka insya-Allah akan menduduki peperiksaan pada fasa dua iaitu yang dijangkakan pada bulan April depan. 

“Sekiranya lima hari lagi mereka telah sembuh dan negatif Covid-19, mereka boleh masuk menduduki peperiksaan manakala lima hari yang terlepas ini, mereka akan menjalaninya pada fasa dua nanti.

“Selain itu, terdapat juga seramai tiga orang pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM 2021 sebagai calon hospital,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melihat perjalanan hari pertama peperiksaan SPM 2021 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks KLIA di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan,  Dr. Ahmad Rafee Che Kassim.

Sementara itu, Md. Fiah berkata, jumlah keseluruhan mereka yang menduduki SPM 2021 di negeri ini adalah seramai 16,758 orang termasuk 1,887 orang daripada lain-lain kategori sekolah dan calon persendirian. 

Tambah beliau, peperiksaan kali ini juga meliputi sebanyak 138 buah sekolah dengan melibatkan sebanyak 150 pusat peperiksaan.

“Selain itu, terdapat juga seramai 53 orang Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang akan turut menduduki SPM 2021 terdiri daripada kategori antaranya masalah pembelajaran, pendengaran, penglihatan dan fizikal,” katanya. –UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya