500 wanita dapat bunga daripada Dr. Akmal - Utusan Malaysia

500 wanita dapat bunga daripada Dr. Akmal

MUHAMAD AKMAL Saleh (kanan) memberikan sekuntum bunga Ros kepada seorang peniaga wanita di Pekan Merlimau, Jasin, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Seramai 500 wanita di Melaka terkejut apabila menerima hadiah kuntuman bunga segar yang diberikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Kuntuman bunga itu disampaikannya sendiri melibatkan penerima secara rawak daripada pelbagai latar belakang termasuk kakitangan barisan hadapan, peniaga, suri rumah, pekerja am dan pekerja pembersihan. 

Beliau ketika ditemui pemberita memberitahu, ia merupakan tanda penghargaannya yang dapat dizahirkan, khususnya pada sambutan Hari Wanita Sedunia. 

“Ini bukanlah kali pertama saya sampaikan bunga kepada mereka, tetapi, merupakan rutin tahun keempat. 

“Saya amat menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh golongan wanita, tanpa mereka, tidak mungkin kita berjaya mengecapi kejayaan pada hari ini,” katanya ketika ditemui.

Tambahnya, beliau mengambil peluang menghadiahkan beberapa jenis bunga termasuk Ros, Daisy dan Orkid kepada wanita yang ditemui di Klinik Kesihatan (KK) Merlimau dan sekitar Pekan Merlimau di sini.

Mengulas lanjut, pemberian itu merupakan hadiah ikhlas yang diberikan secara peribadi tanpa menggunakan mana-mana peruntukan. 

“Kuntuman ini adalah daripada saya, inisiatif sendiri, bunga ini sangat sinonim dengan wanita dan membawa emosi positif kepada mereka. 

“Bagi saya pemberian secara peribadi sebegini dapat memberikan kesan yang lebih berbanding poster-poster ucapan Hari Wanita Sedua,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya