45,706 pelajar mula bersekolah di Perlis  - Utusan Malaysia

45,706 pelajar mula bersekolah di Perlis 

MURID-MURID memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2022 di Sekolah Kebangsaan (SK) Santan, Kangar, Perlis, hari ini. - UTUSAN/NUR NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seramai 45,706 murid dan pelajar sekolah di negeri ini memulakan sesi persekolahan secara bersemuka dan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi sesi baharu tahun 2022 hari ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Naharudeen Othman berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 25,865 merupakan murid sekolah rendah manakala 19,841 lagi adalah pelajar sekolah menengah.

Katanya, sesi pembelajaran di sekolah rendah melibatkan kehadiran penuh tanpa sistem penggiliran kecuali 10 daripada keseluruhan 74 buah sekolah di negeri kerana mempunyai jumlah murid melebihi 600 orang.

“Bagi 10 sekolah ini, sistem penggiliran melibatkan murid tahun tiga, empat dan lima. Sementara itu, bagi pelajar sekolah menengah pula, sesi persekolahan adalah secara PdPR selama dua minggu sehinggalah pada 4 April depan.

“Bagaimanapun, pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hadir dan menjalani kelas secara bersemuka seperti biasa,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Santan mendapati suasana terkawal dengan murid-murid mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ibu bapa dilihat mula menghantar anak-anak ke sekolah sejak pukul 7.10 pagi dalam keadaan hujan renyai-renyai di negeri ini. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya