219 calon SPM di Selangor tunda peperiksaan - Utusan Malaysia

219 calon SPM di Selangor tunda peperiksaan

KEPUTUSAN SPM 2021 sudah sebulan diumumkan- UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 219 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di negeri ini yang sepatutnya mendudukinya ari ini tidak dapat berbuat demikian selepas positif Covid-19.

Bagaimanapun, calon berkenaan dibenarkan menduduki peperiksaan itu bermula minggu hadapan sekiranya keadaan kesihatan mereka pulih.

Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Menjalankan Tugas Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Nor Faridah A. Bakar berkata, pelajar memulakan peperiksaan bahasa Melayu pada sesi pagi dan petang.

“Sebanyak 219 calon SPM yang tidak mengambil peperiksaan hari ini kerana dijangkiti Covid-19. Sekiranya sudah pulih pada minggu hadapan, mereka boleh menduduki peperiksaan pada minggu hadapan,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, di sini hari ini.

Tambahnya,mereka adalah antara 73,938 pelajar Tingkatan 5 daripada 270 buah sekolah menengah yang akan menduduki peperiksaan berkenaan selama 15 hari sehingga 29 Mac ini.

Dalam tinjauan Utusan Malaysia pada pagi tadi, pelajar hadir ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi dengan mereka diminta mendaftar kehadiran mereka di aplikasi MySejahtera. 

Sebaik sahaja sampai di sekolah, pelajar dilihat mengambil kesempatan untuk menelaah buku sebagai persediaan akhir beberapa minit sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan pukul 7.45 pagi. 

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seksyen 7, Datuk Mohd. Isa Ishak berkata, bersempena dengan SPM kali ini, pihaknya mengambil inisiatif mengadakan majlis bacaan Yassin secara atas talian. 

“Selain itu, kami juga ada menyediakan sarapan kepada pelajar ini untuk pastikan mereka tidak lapar ketika mengambil peperiksaan,” ujarnya.  –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya