2,000 penduduk di Bukit Gedung sudah 3 hari tiada air 

2,000 penduduk di Bukit Gedung sudah tiga hari tiada air 

PENDUDUK di empat buah blok di Bukit Gedung, Georgetown, Pulau Pinang terpaksa mengangkat dan menarik  paip dari tingkat bawah flat setelah bekalan air terputus hampir 72 jam lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kira-kira 2,000 penduduk di empat buah blok di Flat Bukit Gedung di sini terpaksa mengangkut air dari tingkat bawah berikutan berdepan masalah bekalan air terputus di kawasan perumahan itu sejak tiga hari lalu.

Rata-rata penghuni yang tinggal di Blok 10, 12, 14 dan 24 itu kini mengeluh dengan keadaan yang berlaku sehingga terjejas rutin harian selain tidak berupaya berdepan masalah yang berlarutan sehingga hampir 72 jam.

Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Type R Bukit Gedong, Mohd. Farook Hassan Ali berkata, pihaknya kini masih menunggu kerja-kerja pembaikian dijalankan pihak teknikal Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sehingga kini.

Menurutnya, ini merupakan kejadian pertama  kali sejak mendiami perumahan flat lima tingkat berkenaan lebih 30 tahun lalu.

“Sampai petang ini masih tiada sebarang perubahan dan penduduk terpaksa mengangkut air setiap masa, siang dan malam.

“Ketika ini, hanya kediaman yang berada di aras bawah iaitu satu dan dua yang mempunyai bekalan air itupun sangat rendah.   

“Penduduk ketika ini sedang bertungkus-lumus mengangkut air dari tingkat bawah naik ke tingkat tiga  hingga lima dengan menggunakan paip sementara . Sampai bila kami nak tunggu bekalan air tiba  seperti sediakala. Penduduk juga terdiri dalam kalangan warga emas dan kanak-kanak,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd Farook memberitahu, semalam penduduk terpaksa menggunakan air yang disalurkan daripada jentera pasukan bomba sukarela dengan kerjasama Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Abdul Halim Hussain. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya