UUM beri jaminan keselamatan penuntut  - Utusan Malaysia

UUM beri jaminan keselamatan penuntut 

PELAJAR UUM yang kembali ke kampus pada Mac ini dititikberatkan aspek kesihatan dan keselamatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINTOK:  Universiti Utara Malaysia (UUM) memberi jaminan akan menitikberatkan aspek kesihatan dan keselamatan penuntut yang akan kembali ke kampus secara berperingkat mulai Mac depan.

Menurut Naib Canselornya, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, kemasukan pelajar ke institusi pendidikan tinggi melibatkan penuntut tempatan dan antarabangsa itu adalah susulan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 10 Februari lalu.

“Sehubungan itu, proses kemasukan pelajar ke UUM akan kekal menggunakan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi urusan pergerakan keluar dan masuk bukan sahaja melibatkan pelajar tempatan, malah, antarabangsa.

“Selain itu, memandangkan majoriti pelajar UUM lengkap vaksinasi termasuk pengambilan suntikan penggalak, penuntut dan ibu bapa dinasihatkan supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi negatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata,  pihak universiti juga bersedia mengambil langkah pengawalan dan pencegahan sekiranya berlaku keadaan mendesak, selain pelaksanaan SOP yang ketat serta membuat perancangan teliti.

“Ia bagi memastikan warga kampus melalui proses saringan kesihatan yang disarankan kerajaan demi untuk menjamin kemaslahatan semua,” tambahnya.

Katanya, bagi memastikan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) diteruskan dengan baik, pengurusan universiti memutuskan untuk mengekalkan mod pembelajaran secara dalam talian dan hibrid.

“Pihak universiti mengingatkan penuntut yang pulang ke kampus supaya terus mengamalkan penjarakan fizikal, sentiasa memakai pelitup muka dan mencuci tangan dengan cecair basmi kuman bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19,” katanya.

Tambah beliau, pertanyaan atau maklumat lanjut, pelajar boleh menghubungi Task Force Covid-19 UUM di talian 04-928 4150.

Baru-baru ini, Kementerian Pertahanan mengumumkan kemasukan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Mac depan dengan jumlah yang dibenarkan antara 70 hingga 100 peratus mengikut kapasiti masing-masing.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 Ke-12 semalam, memperhalusi cadangan daripada pihak KPT berhubung kemasukan pelajar ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS). –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya