Ujian bertulis SPM 2021 bermula Rabu ini - KPM - Utusan Malaysia

Ujian bertulis SPM 2021 bermula Rabu ini – KPM

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  memaklumkan ujian bertulis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dilaksanakan pada 02 Mac hingga 29 Mac ini. 

KPM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, seramai 407,097 calon akan menduduki ujian bertulis peperiksaan SPM tahun 2021 di 3,382 pusat peperiksaan di seluruh negara. 

Menurutnya, seramai 50,514 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan ini. 

“LP ingin mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu SPM 2021 untuk maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi. 

“Jadual waktu peperiksaan boleh  dimuat turun dari portal rasmi LP di http://lp.moe.gov.my,” katanya.

Katanya, calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan. 

 KPM berkata, calon juga diingatkan supaya  mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0. 

“Ketetapan ini adalah bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak Covid-19. 

 “Garis panduan tersebut boleh dimuat turun dari portal rasmi KPM di  https://www.moe.gov.my,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya