Taman Rimba di Mentakab PKPD kali ke-3 akibat kluster tempat kerja - Utusan Malaysia

Taman Rimba di Mentakab PKPD kali ke-3 akibat kluster tempat kerja

KLUSTER tempat kerja yang serius menyebabkan PKPD dilaksanakan lagi di Taman Rimba, Mentakab, Pahang buat kali ketiga. – Foto media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ribuan penduduk Taman Rimba di Mentakab, Pahang sekali lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk kali yang ketiga sehingga 20 Februari ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, sekatan selama tempoh 14 hari itu dikenakan hasil penelitian penilaian risiko dan trend jangkitan wabak Covid-19 yang dibentangkan pihak Kementerian Kesihatan.

Difahamkan ia susulan penularan tempat kerja yang mencetuskan Kluster Jalan Maran Batu Satu di kawasan itu yang setakat semalam sudah pun merekodkan kumulatif 75 kes positif.

Kawasan perumahan berkenaan pernah dikenakan PKPD dua kali pada tahun lalu iaitu dari 22 Jun sehingga 5 Julai dan kemudian dari 8 Ogos hingga 21 Ogos.

Ketika ini, Jabatan Kesihatan Pahang merekodkan ada tujuh kluster di daerah tersebut termasuk empat kluster pendidikan, dua kluster tempat kerja dan baki satu kluster komuniti dengan semua kluster berkenaan mencatatkan sebanyak 229 kes positif Covid-19 yang menjadikan keseluruhan di Temerloh berjumlah 14,186 kes sejak pandemik itu dikesan Mac tahun lalu.

Dalam pada itu, Rodzi memaklumkan PKPD di Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, Daerah Rompin berakhir selepas dikenakan sekatan itu sejak 25 Januari lalu.

Ia ekoran Kluster Simpang Sepayang diumumkan pada 21 Januari lepas yang setakat semalam sudah merekodkan sebanyak 81 kes positif. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya