Senaman Tua rahsia awet muda Timbalan MB Kelantan - Utusan Malaysia

Senaman Tua rahsia awet muda Timbalan MB Kelantan

MOHD Amar Nik Abdullah (kanan) mengikuti sesi Senaman Tua di Masjid Sembilan Wali, Pengkalan Chepa, Kota Bharu. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Himpunan gerakan senaman orang Melayu dulu-dulu yang digelar ‘Senaman Tua’ menjadi rahsia Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah terus kekal cergas dan awet muda.

Mohd. Amar, 63, yang juga Naib Presiden Pas berkata, tanggungjawab besar digalas dalam pentadbiran Kelantan selain menjadi wakil rakyat dan pemimpin parti memerlukan beliau sihat dan cergas setiap masa.

Sehubungan itu, katanya, beliau sentiasa melakukan Senaman Tua setiap hari, selain menjaga aspek pemakanan.

“Setiap kali lepas menunaikan solat, saya akan membuat beberapa gerakan yang terdapat dalam Senaman Tua.

“Senaman ini merupakan warisan orang Melayu dan amat sesuai dengan saya kerana hanya dilakukan secara santai,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan senaman tersebut secara berkumpulan di Masjid Sembilan Wali di sini malam tadi.

Aktiviti itu turut disertai Editor Majalah Seni Bela Diri, Dr. Azlan Ghanie yang juga merupakan individu yang bertanggungjawab menghidupkan semula senaman tradisional tersebut.

Antara gerakan terkandung dalam Senaman Tua ialah Nafas Melayu, Tapak Sembilan, Jengket, Labuh Luar, Labuh Dalam, Temu Tempurung, Tari Inang, Naga Berlabuh, Duduk Pendekar, Geliat Anak Harimau dan Gulung Ekor Naga.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar memberitahu, aktiviti Senaman Tua secara berkumpulan biasanya dilakukan pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

“Melihat kepada potensi senaman ini, kita bercadang untuk menganjurkan Karnival Senaman Melayu Tua yang terbesar di Kota Bharu dengan kerjasama Warisan Melayu Khazanah Dunia,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya