PUTRAJAYA: Tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak perlu terlalu panjang berikutan situasi penularan Covid-19 yang meningkat semula sejak minggu ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, selain itu, selepas dibubarkan pada 23 Januari lalu, semua parti politik dilihat sudah mula berkempen. “Tak perlu kempen lama sebab DUN Johor dah dibubar agak lama. Sejak tarikh pembubaran, parti-parti politik dan pemimpin-pemimpin politik tak habis-habis berkempen, bercakap pasal politik, terutama parti-parti pembangkang semua sudah mula mengatur strategi,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya