PRN Johor: PH belum tentukan calon MB

PRN Johor: PH belum tentukan calon MB

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pakatan Harapan (PH) masih belum menentukan calon Menteri Besar mereka sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang telah bermula hari ini.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun perbincangan awal mengenainya telah dilakukan di antara parti dalam gabungan tersebut.

“Belum tentukan siapakah calon Menteri Besar, kami mahu pastikan kemenangan dahulu.

“Ada perbincangan awal tetapi belum ada apa-apa yang serius. Baru ini kami ada bincang tentang pembahagian kerusi, kemudian strategi bersama di antara Keadilan, DAP dan Amanah,” katanya.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata demikian selepas ditemui pemberita pada program Santai Petang Belia Malaysia Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson di sini hari ini.

Sebelum ini antara yang disebut-sebut akan diangkat menjadi Menteri Besar Johor sekiranya PH memenangi PRN Johor ialah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik yang bakal bertanding do kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang yang mewakili Keadilan.

Seorang lagi yang turut dispekulasikan ialah Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang bakal mempertahankan kerusi DUN Simpang Jeram. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya