JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjadi gabungan parti terbesar bertanding di semua 56 kerusi, sekali gus berdepan saingan sengit untuk mencari kemenangan dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini. DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang bertanding di bawah logo Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon di 30 kerusi manakala dua rakan kerjasama mereka, PKR dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menggunakan logo masing-masing. PKR menamakan calon mereka di 20 kerusi, sementara Muda di tujuh kerusi dengan satu kerusi iaitu DUN Larkin menyaksikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya