Pesawat MD530G bertepatan keperluan operasi-PTD - Utusan Malaysia

Pesawat MD530G bertepatan keperluan operasi-PTD

ZAMROSE meninjau helikopter MD530G di Innovation Aero di sini, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:Perolehan pesawat tempur ringan MD530G yang dibeli negara adalah bertepatan dengan keperluan penugasan operasi di persisiran pantai.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd.Zain berkata, perolehan pesawat ini juga adalah platform terbaik sebagai persediaan juruterbang dan juruteknik Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) sebelum beralih kepada helikopter tempur yang lebih lengkap dalam skala yang lebih besar.

 Malah, beliau berkata, pembelian pesawat MD530G dirancang ketika pencerobohan Lahad Datu selepas melihat keperluan pada masa itu.

“Sebelum ini, Tentera Darat hanya memiliki pesawat Agusta yang berperanan sebagai pesawat tinjauan ringan dan tidak dilengkapi  dengan persenjataan. Kemudian Tentera Darat ubah suai pesawat Agusta ini dengan meletakkan. Persenjataan 7.62 milimiter (MM) gatling gun untuk bertindak sebagai helikopter penggempur ringan.

“Justeru, berdasarkan  keperluan penugasan ini serta mengambil kira faktor kewangan dan bentuk ancaman pada ketika itu menjurus kepada ancaman pengganas, Tentera Darat berepndapat MD530G adalah pilihan terbaik dan bersesuaian untuk penugasan operasi di persisiran pantai,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Penerimaan  Enam Helikopter MD530G Hangar 2 Invation Aero di sini hari ini –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya