Penyelia kilang didakwa muat naik gambar, video lucah - Utusan Malaysia

Penyelia kilang didakwa muat naik gambar, video lucah

AHMAD Tarmizi Mohd. didakwa atas dua pertuduhan memuat naik gambar dan video lucah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. - TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang penyelia kilang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memuat naik gambar dan video lucah, lima tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Tarmizi Mohd., 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Dia didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat lucah melalui aplikasi Google drive dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Penyebaran bahan itu disedari pengadu ketika di Kampung Padang Sena di sini pada 11 Mei 2017, kira-kira pukul 12 tengah malam.

Ahmad Tarmizi didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Nazrul Nizam Mohd. Zameri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan semula kes dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya