Penganggur, petani edar dadah berdepan hukuman gantung - Utusan Malaysia

Penganggur, petani edar dadah berdepan hukuman gantung

DUA lelaki menaiki van polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar, Perlis hari ini atas pertuduhan mengedar dadah. - UTUSAN/NUR NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang penganggur dan seorang petani berdepan hukuman gantung sampai mati setelah dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar ganja di Simpang Empat, di sini bulan lalu.

Tertuduh Tuan Amiruldin Tuan Ali, 29, dan Anas Shakir, 33, menjawab faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Siti Nor Hasliza Md Ali.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa secara bersama mengedar dadah jenis ganja seberat 266.291 kilogram.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Lat Seribu, Simpang Empat kira-kira pukul 8.40 pagi pada 24 Januari lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan juga disebat tidak kurang 15 kali jika tidak dihukum mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Suzila Chek Pi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.

Pada 27 Januari lalu, akhbar ini melaporkan seramai enam lelaki berusia 28 hingga 45 tahun diberkas dalam satu operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Perlis pada 24 Januari.

Sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak November tahun lau itu menerima upah RM6,000 sehingga RM7,000 bagi satu trip perjalanan menghantar dadah dari negeri ini ke Kuala Lumpur. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya