Pembelian tanpa tunai di Pekan Rabu  - Utusan Malaysia

Pembelian tanpa tunai di Pekan Rabu 

MUHAMMAD Sanusi Md Nor meninjau salah sebuah gerai menjual makanan ringan ketika melakukan Walkabout di Pekan Rabu, Alor Setar hari ini. - UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pasar awam ikonik Kedah, Pekan Rabu di sini akan menggunakan sepenuhnya aplikasi pembelian tanpa tunai mulai tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mahu supaya promosi tentang perkhidmatan tersebut dipergiatkan sepanjang tahun ini terutama dalam kalangan peniaga Pekan Rabu.

Menurutnya, kerajaan negeri juga bercadang untuk menjadikan penggunaan aplikasi itu sebagai syarat untuk peniaga memperbaharui lesen perniagaan.

“Di Pekan Rabu ketika ini, baru saja 10 peratus peniaga menggunakan aplikasi ini dan ia akan dipertingkatkan. 

“Tahun ini, kita nak mereka lazimkan penggunaan aplikasi pembelian tanpa tunai ini dahulu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan Walkabout di Pekan Rabu di sini hari ini.

Menurut beliau, Pekan Rabu seharusnya mengikut langkah pasar awam terkemuka lain yang sudah menggunakan perkhidmatan aplikasi pembelian tanpa tunai itu seperti di Kelantan dan Terengganu.

“Beberapa pasar awam terkemuka seperti Pasar Siti Khadijah di Kelantan dan Pasar Payang di Terengganu sudah mengunakan aplikasi belian tanpa tunai ini untuk meningkatkan jualan.

“Kebanyakan pelanggan ke Pekan Rabu adalah dari luar Kedah yang sudah biasa dengan pembelian tanpa tunai ini yang mempunyai banyak kelebihan seperti untuk peniaga ia menjadi pengurusan kewangan dan rekod jual beli yang lebih cekap serta teratur,” katanya.

Tambahnya, Pekan Rabu juga akan menjadi perintis bagi aplikasi ini sebelum diperluaskan dalam kalangan peniaga lain di Kedah. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya