Pemandu maut akibat lawan arus

Pemandu maut akibat lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Gara-gara memandu lawan arus, seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan kenderaan lain di Kilometer 6.2, Lebuh Raya Kerinchi Link awal pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa berusia 28 tahun yang memandu PERODUA Axia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di dada.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, siasatan Perodua Axia membuat pusingan U di Plaza Tol Pantai dan memandu secara melawan arus.

Menurut beliau, kenderaan itu kemudian bertembung sebuah Proton Saha dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun yang sedang menghala Plaza Tol Pantai di lorong paling kiri. 

“Akibat kejadian itu, pemandu Proton Axia maut di lokasi kejadian manakala pemandu Proton Saga berusia 25 tahun cedera dan dirawat  di Hospital Pantai.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-20719999, Hotline JSPT Kuala Lumpur 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya