Pemain industri yakin tiada PKP - Utusan Malaysia

Pemain industri yakin tiada PKP

CADANGAN itu adalah sebahagian usaha untuk memperkenalkan budaya Melaka dengan mengetengahkan lagu-lagu Melayu asli terutama Dondang Sayang kepada pelancong luar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pemain industri sektor pelancongan di Melaka yakin peningkatan mendadak kes harian Covid-19 disebabkan varian Omicron, tidak memungkinkan kerajaan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hal itu turut disokong dengan kenyataan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang bersetuju dengan cadangan supaya Malaysia membuka sepenuhnya sempadan negara tanpa keperluan kuarantin wajib, seawal 1 Mac ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Urusan Hotel LaCrista, Datuk Rosthman Ibrahim berkata, beliau melihat perkembangan semasa dan data terpenting seperti kadar kemasukan ke hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan pesakit kategori kritikal adalah tidak meningkat.

Menurutnya, berdasarkan kepada data tersebut, tiada sebab kerajaan perlu melaksanakan PKP di seluruh negara seperti dua tahun lalu.

“Saya tak rasa kerajaan akan melaksanakan PKP, walaupun sejak beberapa hari lalu kes harian Covid-19 naik mendadak. Jika kerajaan laksanakan juga PKP, habislah sektor pelancongan di Melaka. Begitu juga seluruh negara turut terkesan seperti dua tahun lalu.

“Ketika ini baru hendak bernafas apabila menerima kemasukan pelancong selepas tiada lagi sekatan rentas negeri sejak Oktober tahun lalu,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu, Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, pembukaan sempadan kepada semua negara perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko semasa.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Murad Husin berkata, pelaksanaan PKP bukan jalan penyelesaian bagi menangani penularan varian Omicron yang semakin menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini.

“Syarikat kita mengalami kerugian yang sangat besar apabila bot-bot Melaka River Cruise tidak dapat beroperasi sepanjang PKP.

“Dua tahun itu cukup-cukup memberi kesan bukan terhadap PPSPM tetapi dalam kalangan pemain industri pelancongan lain di negeri ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya