KUCHING: Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) ditemukan mati di dalam kereta yang dipandunya.
Mendiang Jason Baya yang bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian ditemukan pengsan di dalam keretanya ketika berada di kawasan lampu isyarat lalu lintas berdekatan Kampung Seratau, Batu 17 Jalan Kuching-Serian di sini oleh orang kampung.
Pasukan ambulans dan pegawai perubatan yang tiba di tempat kejdian telah mengesahkan mendiang yang berusia 44 tahun meninggal dunia pada 27 Februari, jam 6.35 petang.
Punca kematian masih dalam siasatan pihak polis.
Mendiang yang dilahirkan di Kampung Sidanu, Batu 13 Jalan Kuching-Serian sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun
Beliau sudah berkhidmat dengan PDRM selama 19 tahun.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Mancha Ata serta warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak menerusi akaun facebook PDRM Kontinjen Sarawak menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga mendiang sambil mendoakan seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah atas pemergiannya. UTUSAN