KOTA KINABALU: Persediaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berjalan lancar biarpun berlaku penularan varian Omicron Covid-19. Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, peperiksaan SPM dan STPM akan diteruskan mengikut jadual ditetapkan. Masing-masing pada bulan depan dan Mei ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada. “Kita akan memastikan pelajar mengikut SOP yang sudah ditetapkan agar mereka boleh menduduki peperiksaan. “Semasa musim pandemik Covid -19 ini, kita tidak boleh jangka apa bakal berlaku namun peperiksaan awam itu akan diteruskan seperti dijadualkan,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya