Nadma bersedia hadapi banjir - Utusan Malaysia

Nadma bersedia hadapi banjir

ORANG ramai mengharung air di Pasir Mas yang menjadi jajahan paling teruk terjejas akibat banjir luar jangka di Kelantan kali ini. - FOTO/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana (Nadma) telah mengeluarkan Notis Kesiapsiagaan Bencana bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir.

Nadma  berkata, pihaknya juga kini giat memantau situasi di kawasan terlibat dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan.

Selain itu, NDCC  kini sentiasa bersedia menerima maklumat bencana, bantuan pengurusan dan pengoperasian bencana dari semasa ke semasa.

“Arahan juga telah  dibuat agar Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah  mengaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

“Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan. 

“Pusat operasi  kawalan bencana peringkat pusat juga diminta untuk memanjangkan Notis Kesiapsiagaan Bencana ke peringkat Negeri dan Daerah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini meminta penduduk di beberapa kawasan di Pantai Timur berwaspada ekoran berlaku musim tengkujuh di luar jangka sehingga berkemungkinan berulangnya tragedi bah kuning pada tahun 2014.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Perak, Kelantan dan Terengganu. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya