MAFI berhasrat gubal dasar ternakan ayam - Utusan Malaysia

MAFI berhasrat gubal dasar ternakan ayam

RONALD Kiandee (kanan) melihat sebahagian telur yang telah siap dipek untuk dipasarkan ketika melawat Ladang Ayam Telur Selasih Aman yang terletak di Kalumpang, Hulu Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Kerajaan bercadang untuk menggubal dasar terhadap pengeluaran ayam dan telur negara untuk memastikan penternak dapat membekalkan produk berkualiti ke dalam pasaran.

Malah, masalah dihadapi penternak berkaitan dengan ternakan ayam dan pengeluaran telur turut berpunca daripada baka dan makanan bermasalah yang juga menyumbang kepada harga bahan makanan itu melambung.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, kementeriannya akan membincangkan soal penggubalan dasar seperti pernah disuarakan penternak mengenai bekalan anak ayam dan makanan.

“Kita sudah pun menyemak kepada undang-undang sedia ada, sudah tentu kementerian juga akan berbincang (hal berkenaan),” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat ladang penternak ayam penelur dan pedaging di sini hari ini.

Dalam lawatan tersebut, beliau berharap kerajaan dapat memastikan perkembangan industri pengeluaran ayam dan telur negara kembali kepada kapasiti maksimum yang tidak bergantung kepada import.

Katanya, pada minggu lalu, kerajaan meluluskan pengeluaran permit mengimport (AP) bagi syarikat untuk membawa masuk ayam segar beku dari negara lain sebagai cara menampung keperluan permintaan dalam negara.

Selain itu, Ronald juga berhasrat untuk menggubal dasar berkaitan dengan sumber bekalan makanan penternakan untuk mengurangkan kebergantungan kepada import yang kini ditekan dengan harga terlalu mahal.

Menurutnya, negara perlu mempunyai dasar menggalakkan penanaman jagung sebagai sumber makanan kepada ternakan yang mampu menghapuskan kos import.

“Kita bergantung sepenuhnya kepada import bagi makanan ternakan, jadi sekarang peningkatan kos terhadap import bahan ternakan itu akan memberi kesan kepada industri ternakan negara.

“Itulah yang berlaku kalau kita lihat kacang soya umpamanya, naik daripada RM800 hingga RM900 kepada RM1,700 bagi setiap tan metrik pada ketika ini. Harga jagung juga meningkat lebih daripada 100 peratus yang memberi kesan secara langsung kepada industri ternakan negara,” jelasnya.

Tambahnya, kebergantungan kepada import terhadap makanan ternakan tidak sesuai untuk tempoh jangka panjang. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya