Lelaki melecur panaskan makanan - Utusan Malaysia

Lelaki melecur panaskan makanan

NORAZAM KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malang nasib seorang lelaki yang ingin memanaskan lauk apabila tangannya melecur dalam kejadian di Jalan SS19/1F, SS 19, Subang Jaya di sini pagi tadi. 

Pusat Gerakan Operasi Selangor menerima panggilan pada pukul 10.52 pagi berhubung kejadian itu. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebanyak 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala atau BBP Petaling Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

Katanya, ketika tiba, pihaknya mendapati kebakaran telah dipadam oleh orang awam.

“Kebakaran dipercayai berpunca daripada jerangan masakan. 

“Seorang lelaki berusia 27 tahun melecur di tangan kanan dan dirawat kini di Hospital Shah Alam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya