Lelaki maut, motosikal ditunggang bertembung dengan kereta - Utusan Malaysia

Lelaki maut, motosikal ditunggang bertembung dengan kereta

KEMALANGAN maut yang berlaku di hadapan Masjid Senaling, Kuala Pilah pagi tadi.-GAMBAR/IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang lelaki maut selepas motosikal Yamaha NVX yang ditunggangnya dipercayai bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga di Kilometer 5 Jalan Kuala Pilah-Tampin di hadapan Masjid Senaling dekat sini pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Hakimi Mazlan, 20, yang beralamat di Kampung Tebat Hilir maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 26 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, pemandu kereta dalam perjalanan dari Melaka menghala ke Kuala Pilah dan ketika tiba di tempat kejadian, motosikal yang datang dari arah bertentangan telah memasuki laluan kereta tersebut dan berlaku pelanggaran.

“Motosikal tersebut terbakar dan penunggangnya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Nizam Yom berkata, pihaknya mendapat panggilan kejadian pada pukul 6.39 pagi dan tiba tujuh minit kemudian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya