keputusan-adil-hadir-tepat-pada-masanya

Keputusan adil, hadir tepat pada masanya

Isu doktor kontrak yang belum diselesaikan tidak menjejaskan pengambilan pelajar perubatan di universiti-universiti awam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan mewujudkan sebanyak 4,186 jawatan tetap tambahan di Kementerian Kesihatan merupakan satu tindakan yang adil kepada doktor kontrak dan hadir pada masa yang tepat.

Jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr. Muhammad Yassin berkata, ini berikutan ramai doktor-doktor kontrak yang sudah tidak yakin dengan prospek kerjaya di dalam perkhidmatan Kementerian Kesihatan.

“Dengan penawaran hampir 3,600 slot tetap tahun ini dan 1,500 slot lagi setiap tahun sehingga 2025, maka ramai doktor kontrak boleh mendapat peluang menjadi doktor tetap dan mendapat manfaat yang tidak diperoleh sebelum ini.

“Kami berharap doktor-doktor kontrak ini akan berusaha dengan lebih bersungguh sungguh dan menunjukkan keazaman untuk menjadi doktor tetap,” katanya kepada Mingguan Malaysia, semalam.

Kelmarin, kerajaan bersetuju mewujudkan 4,186 jawatan tetap tambahan di Kementerian Kesihatan melibatkan lantikan 3,586 pegawai perubatan, 300 pegawai pergigian dan 300 pegawai farmasi bermula Jun ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia adalah sebahagian daripada 8,686 perjawatan tetap tambahan melibatkan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi yang akan diwujudkan bermula tahun ini sehingga 2025.

Keputusan itu membolehkan sekurang-kurangnya 1,500 ja­wa­tan tetap tambahan untuk pe­gawai perubatan, pegawai per­gigian dan ahli farmasi dibuka setiap tahun dari 2023 hingga 2025.

Bagaimanapun, Dr. Yassin berkata, pihaknya masih mengharapkan beberapa isu lain dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan bagi membela nasib doktor kontrak.

“Contohnya kenaikan pangkat Gred UD43 ke Gred UD47, cuti-cuti khas seperti cuti sakit tibi, cuti kusta, dan cuti barah.

“Selain itu, kerajaan juga belum meminda Akta Pencen 1980 supaya lebih ramai doktor kon­trak boleh dilantik sebagai tetap dengan (caruman) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya