Kementerian Pendidikan pantau situasi pusat peperiksaan SPM di Kelantan, Terengganu - Utusan Malaysia

Kementerian Pendidikan pantau situasi pusat peperiksaan SPM di Kelantan, Terengganu

MOHD. Radzi Jidin berbincang mengenai pelan tindakan peperiksaan SPM di Kelantan dan Terengganu yang diland banjir bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Ketua Pengarah Pendidikan serta pegawai Lembaga Peperiksaan di pejabat Kementerian Pendidikan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan memantau situasi pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kelantan dan Terengganu yang dilanda banjir ketika ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Ketua Pengarah Pendidikan serta pegawai Lembaga Peperiksaan bagi merangka pelan tindakan seterusnya.

“Kementerian sentiasa memantau dan telah merangka pelan tindakan bagi memastikan peperiksaan SPM 2021 dapat dijalankan dalam keadaan selamat dan teratur,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Beliau juga mengakui, banjir yang melanda ketika ini memberi kesan kepada calon SPM yang berada di kawasan banjir. 

“Dalam apa jua keadaan, calon boleh berhubung dengan guru kelas atau setiausaha peperiksaan di sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Kementerian akan mengeluarkan kenyataan media bagi memberi penjelasan lanjut berhubung perkara ini,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya