KDN sahkan penahanan Mohammed Khairuzzaman  - Utusan Malaysia

KDN sahkan penahanan Mohammed Khairuzzaman 

HAMZAH Zainuddin bercakap dalam sidang akhbar di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan bekas Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, Mohammed Khairuzzaman ditahan pihak berkuasa negara ini. 

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, lelaki itu ditahan mengikut prosedur perundangan sedia ada. 

“Saya sedia maklum mengenai tangkapan itu. Segala apa berlaku adalah mengikut perundangan, kalau ada kesalahan, kita akan tangkap.

“Jika ada permintaan dari negara asal yang kita rasa kebenarannya, kita akan lakukan (tangkapan) dan segalanya dilakukan mengikut prosedur,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini. 

Ditanya sama ada suspek akan di bawa ke negara asal, Hamzah berkata, beliau menjelaskan tiada maklumat mengenai perkara itu.

Sebelum ini, agensi media antarabangsa melaporkan, Mohammed Khairuzzaman ditahan kerana didakwa tinggal di negara ini sebagai pelarian.

Beliau ditahan di rumahnya di Ampang, semalam dan dijangka dihantar ke Bangladesh.

Sementara itu, Hamzah turut mengulas mengenai Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono yang tidak berpuas hati dengan memorandum persefahaman (MoU) pengambilan dan penempatan pembantu rumah.

“Saya nak maklumkan yang berbincang ini antara saya dengan menteri dia. Kalau dia tidak tahu, dia tanyalah dengan menteri dia. Takkan saya menteri, saya jumpa menteri dia, saya kena beritahu (Hermono).

“Siapa lebih besar, menteri dia lebih besar atau dia yang lebih besar?” katanya.

Hermono sebelum ini dilaporkan berkata, Indonesia memerlukan komitmen politik dari Malaysia bahawa MoU berhubung pengambilan dan penempatan pembantu rumah warga republik itu dihormati dan dilaksanakan sepenuhnya sebelum ia dimeterai.

Dakwa Hermono, pada masa ini, Indonesia hilang kepercayaan terhadap komitmen itu kerana pihak utama yang akan menguatkuasakan MoU berkenaan iaitu Jabatan Imigresen (JIM) yang hanya terbabit dalam beberapa siri rundingan. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya