Katil ICU di Melaka mencukupi, terkawal - Utusan Malaysia

Katil ICU di Melaka mencukupi, terkawal

MUHAMAD AKMAL Saleh bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada Persidangan DUN Melaka di Seri Negeri di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri memberi jaminan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital bagi rawatan kes positif Covid-19 setakat ini adalah mencukupi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, meskipun penggunaan berada pada tahap 74 peratus, tetapi ia masih boleh diuruskan.

Jelas beliau, kadar keselesaan pesakit perlu dilihat bersama faktor-faktor lain seperti kadar jangkitan, sembuh, kemasukan ke ICU dan katil hospital yang telah digunakan.

“Setakat ini, keadaan di Melaka adalah terkawal. Bebanan kerja petugas barisan hadapan juga tidak seperti dahulu yang mana penggunaan katil di ICU melebihi sehingga 200 peratus dalam masa yang singkat. 

“Walaupun sekarang ini penggunaan katil telah melepasi 50 peratus, tetapi ia berada pada kadar yang boleh dikawal. 

“Jangkitan Covid-19 ini, ada kemuncaknya dan hari ini kita lihat ada penurunan sedikit demi sedikit. Ia juga kerana vaksinasi yang baik di Melaka,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 di Seri Negeri di sini hari ini.

Sementara itu, mengenai program vaksinasi kanak-kanak, Muhamad Akmal memberitahu, setakat ini, tiada kes kesan buruk susulan imunisasi (AEFI) yang serius melibatkan kelompok itu.

Katanya, sebanyak 27 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Melaka telah divaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) dilaksanakan sebulan yang lalu.

“Kadar vaksinasi kanak-kanak di negeri ini sangat menggalakkan dan melebihi kadar vaksinasi kebangsaan. Ketiadaan kesan AEFI yang serius membuktikan vaksin ini selamat untuk kanak-kanak.

“Jumlah kanak-kanak yang mengambil vaksin dijangka terus meningkat dan kita menyasarkan seramai 50 peratus kanak-kanak akan mendapat suntikan vaksin menjelang pertengahan Mac,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya