Johari Ghani: Kestabilan politik bantu pulih ekonomi - Utusan Malaysia

Johari Ghani: Kestabilan politik bantu pulih ekonomi

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Malaysia memerlukan kestabilan politik bagi memulihkan kembali sektor ekonominya yang tidak menentu selepas pilihan raya umum (PRU) pada 2018..

Menurut beliau, sekiranya tiada kestabilan politik, Malaysia bukanlah negara yang menjadi keutamaan pelabur luar untuk datang.

“Saya bagi contoh, Indonesia banyak menerima kemasukan pelabur disebabkan pertandingan presidennya diadakan setiap lima tahun dan selepas habis pertandingan kita tidak pernah dengar di negara terbabit bercerita pasal politik.

“Sehingga lima tahun kemudian, barulah mereka cerita semula mengenai pemilihan presiden. Apabila Presiden Indonesia, Joko Widodo dipilih semula, sudah senyap tentang politik.

“Dalam tempoh lima tahun ini mereka tidak bercerita pasal politik. Mereka cerita mengenai pembangunan ekonomi, pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam temubual program Usahawan Buletin FM.

Mengulas mengenai cakap-cakap Pilihan Raya Umum Ke-15 semakin dekat, Johari berkata, rakyat Malaysia sepatutnya berfikir dahulu dan undi, bukannya undi dahulu baru berfikir.

“Ini sangat penting kerana kita boleh buat pilihan pemimpin mana yang kita boleh percaya, pemimpin mana ada rekod baik dan pemimpin mana kita rasa betul-betul menjiwai rakyat.

“Kalau pilih ikut emosi maka kita lahirkan pemimpin yang beremosi, kalau kita bersentimen kita lahirkan pemimpin yang bersentimen, kalau tidak jujur kepada diri ketika memilih, kita akan lahirkan pemimpin yang tidak jujur

“Sangat asas, jadi akhirnya, kita cakap pemimpin itu bagus, pemimpin ini tidak bagus. Sebenarnya kita sebagai pengundi perlu putuskan perkara ini. Apa yang penting, pulihkan kestabilan politik,” katanya.

Sementara itu kata Johari, buat masa ini, secara dasarnya ekonomi negara masih belum pulih.

“Konteks belum pulih ini saya lihat kedudukan ekonomi pada 2017, kemudian pada 2018 kita tukar kerajaan dan selepas itu pandemik Covid-19 melanda lebih dua tahun. Jadi perkara ini menyebabkan ekonomi negara tidak menentu.

“Kita lihat pada 2017, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 5.8 peratus, 2018 catat 4.8 peratus, 2019 turun 4.3 peratus. Pada 2020, Covid-19 melanda KDNK terus menguncup -5.6 peratus kemudian sembilan bulan pertama 2021 sebanyak tiga peratus.

“Bermakna, apabila tengok perkembangan ekonomi kita ini, walaupun KDNK 2021 naik semula, kita tetap tidak boleh ‘cover’ -5.6 peratus yang dicatatkan pada 2020,” jelasnya.

Sehubungan itu katanya, situasi dan perkembangan semasa ekonomi Malaysia yang menurun telah memberi kesan ke dalam sektor-sektor perniagaan dan juga ekonomi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya