54 premis diperiksa, JAS Selangor keluar 207 kompaun - Utusan Malaysia

54 premis diperiksa, JAS Selangor keluar 207 kompaun

JAS Selangor mengadakan Ops Gempur dari 15 hingga 17 Februari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri mengeluarkan sebanyak 207 kompaun bernilai RM414,000 ke atas pelbagai premis di Klang akibat gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Malah, dua buah kilang turut dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) apabila didapati melakukan kesalahan serius mencemarkan alam sekitar selepas JAS Selangor melakukan Operasi (Ops) Gempur selama tiga hari

Jabatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi yang berakhir pada 17 Februari lalu turut mengeluarkan 36 notis arahan kerana tidak mematuhi piawaian perlindungan alam sekitar ditetapkan JAS.

“Operasi yang dilaksanakan dengan kekuatan seramai 34 orang pegawai penguat kuasa telah menjalankan pemeriksaan ke atas 54 premis yang terletak di dalam kawasan perindustrian Klang Utara.

“Tindakan memberhentikan sementara operasi dua buah kilang diambil bagi memastikan langkah kawalan dan pembaikan segera dapat dijalankan oleh pihak terbabit dalam usaha menangani kejadian pencemaran yang berlaku,” katanya.

Tambahnya, dalam operasi itu juga sebanyak 18 kilang dikenal pasti mematuhi peraturan operasi ditetapkan JAS.

Jelasnya, JAS Selangor komited dan memandang serius sebarang kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Orang ramai yang ingin melapor insiden mencurigakan berkaitan alam sekitar boleh menghubungi  talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected]. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya