PASIR MAS: Suami kepada wanita hamil sembilan bulan yang maut dalam nahas dengan bayi lelakinya terkeluar daripada kandungan di Repek, di sini semalam bukan sengaja membiarkan mangsa menunggang motosikal sendiri ke kedai runcit. Mangsa, Nor Haliza Abdul Yazaib, 25, sebaliknya berkeras untuk menunggang motosikal berasingan dengan suami yang membawa tiga lagi anak pergi membeli-belah bersama mereka. Suaminya, Mohd. Khairi Hasbullah berkata, disebabkan perutnya ketika itu sudah sarat dan hanya menunggu masa untuk bersalin, arwah mengadu rasa tidak selesa jika mereka berlima menaiki satu motosikal. Katanya, dia mempunyai sebuah kereta, namun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya