Hanya 58 daripada 11,034 kes positif Covid-19 kategori tiga ke atas - Utusan Malaysia

Hanya 58 daripada 11,034 kes positif Covid-19 kategori tiga ke atas

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan peningkatan iaitu 81 kes berbanding semalam, 71 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan penurunan, 135 kes berbanding semalam, 137 kes.

Katanya, Malaysia mencatatkan sebanyak 10,957 kes positif terus menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 10,089 kes sekali gus mengatasi 6,036 kes sembuh.

“Sebanyak 58 kes bersamaan 0.5 peratus daripada 11,034 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, sebanyak 10,976 kes bersamaan 99.5 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia terus mencatatkan peningkatan kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini sebanyak 366 kluster berbanding semalam, 361 kluster.

Katanya, bagi kluster Covid-19 pula merekodkan sedikit penurunan kepada 10 kluster berbanding semalam, 11 kluster.

“Ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,509 kluster. 

“Jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,143 kluster berbanding semalam, 6,138 kluster,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan sebanyak sembilan kes berbanding semalam, 14 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 32,034 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak dua daripada sembilan kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,464 kes. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya