PETALING JAYA: Transparency International-Malaysia (TI-Malaysia) kecewa dengan siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) terhadap dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai wujudnya kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presidennya, Dr. Muhammad Mohan berkata, EAIC sepatutnya membuat pertemuan dengan Abdul Hamid dan mendapatkan daripada keterangan beliau. Katanya, keterangan Abdul Hamid adalah penting kerana beliau satu-satunya individu yang boleh mengemukakan bukti bahawa dakwaannya itu adalah benar. Namun beliau berkata, jika Abdul Hamid tidak dapat mengemukakan bukti maka EAIC harus mendedahkannya kepada umum. “Abdul Hamid…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya