MELAKA: Banyak pihak mempersoal mengapa Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) di Bukit Baru dekat sini, tidak ditutup buat sementara. Ini ekoran 47 daripada 324 peserta Kursus Asas Pembantu Penguatkuasa Kastam (Kusas) WK19 disahkan positif Covid-19, sejak Sabtu lalu. Turut disahkan positif wabak tersebut ialah 14 kakitangan di akademi berkenaan, malah ia turut menular kepada keluarga salah seorang daripada mereka. Sumber memberitahu Utusan Malaysia, meskipun 62 individu setakat Khamis lalu disahkan positif Covid-19, operasi akademi masih berjalan seperti biasa. Terdahulu, satu memorandum dikeluarkan pihak pengurusan mengarahkan kakitangan bertugas seperti biasa dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya