Bekalan ayam, telur meningkat 90 peratus di pasaran - Utusan Malaysia

Bekalan ayam, telur meningkat 90 peratus di pasaran

AZMAN Adam (dua dari kiri) melawat ladang ternakan ayam di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Bekalan ayam dan telur di pasaran seluruh negara masing-masing meningkat 90 dan 93 peratus selepas penternak menerima subsidi sepanjang tempoh Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM).

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, peningkatan itu disifatkan memberangsangkan berbanding sebelum ini hanya 85 peratus. 

Katanya, KPDNHEP akan meneruskan pemeriksaan bagi memastikan keberadaan telur dan ayam di pasaran pada tahap yang lebih baik untuk pengguna.

“Setiap hari, KPDNHEP juga akan melakukan pemantauan di lebih 2,700 pusat pemantauan runcit di seluruh negara.

“Kita dapati bilangan premis yang menjual dan membekalkan ayam kepada pengguna mula bertambah dan kita berharap tahap ini akan dapat diteruskan lagi bagi membantu pengguna dan peniaga yang bergantung kepada kedua-dua komoditi itu,” katanya.

Azman berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan ke ladang ternakan ayam, Lepan Jaya Farm Sdn. Bhd. di Kampung Lepan Jaya, di sini hari ini.

Jelas Azman lagi, pemantauan ke atas 6,589 premis termasuk penternak, pemborong dan peruncit merekodkan 47 kes dikesan sejak 5 Februari lalu dan daripada jumlah itu, hanya enam kes berkaitan menjual telur dan ayam melebihi harga ditetapkan. 

“Kita berharap peniaga akan terus mengamalkan pematuhan undang-undang dan pihak pemborong pula bersedia untuk segera membekalkan ayam dan telur kepada pengguna supaya dapat mengurangkan rungutan. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya