Banjir: Taburan hujan di Terengganu naik empat kali ganda melebihi purata - Utusan Malaysia

Banjir: Taburan hujan di Terengganu naik empat kali ganda melebihi purata

Anggota Bomba dan Penyelamat antara yang digerakkan bagi membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah taburan hujan di kebanyakan daerah di Terengganu meningkat hampir empat kali ganda berbanding purata kira-kira 100 milimeter untuk sebulan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Pejabat Meteorologi negeri, Rosli Zakaria berkata, sepanjang empat hari episod hujan lebat dari Khamis hingga semalam, daerah Besut merekodkan hujan sebanyak 388 milimeter manakala Kemaman (380.7 milimeter) dan Kuala Terengganu (375 milimeter).

“Di Hulu Terengganu, misalnya, taburan hujan sangat tinggi kelmarin melepasi 300 milimeter.

“Angka itu sekali gus melebihi purata hujan yang direkodkan dalam sebulan,” katanya kepada di sini hari ini.

Banjir yang melanda Pantai Timur akibat hujan lebat berterusan itu susulan luruan monsun dan pembentukan sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan.

Sementara itu, Rosli menjangkakan keadaan cuaca beransur baik dalam tempoh tiga hari ini tanpa episod hujan lebat direkodkan di seluruh negeri.

“Situasi semasa menunjukkan trend menurun apabila jumlah taburan hujan berkurangan.

“Kita masih lagi dalam musim monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pertengahan Mac ini,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya