Bah tidak jejaskan nilai hartanah, permintaan rumah di Selangor - Utusan Malaysia

Bah tidak jejaskan nilai hartanah, permintaan rumah di Selangor

RODZIAH Ismail (dua dari kanan) menyaksikan pertukaran dokumen MoU di antara Juhari (empat dari kiri) dengan Pengarah Kumpulan Scomi, Datuk Wan Shaharuddin Wan Mahmood (kanan) di Glenmarie Golf and Country Club, Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bencana banjir yang berlaku di Selangor pada pertengahan Disember tahun lalu tidak menjejaskan nilai hartanah serta permintaan rumah di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail berkata, permintaan membeli rumah di Selangor masih tinggi walaupun dalam kawasan yang dilanda banjir luar biasa.

“Banjir hanya berlaku dua hari sahaja tapi saya tak rasa sampai menjejaskan nilai hartanah dan permintaan rumah. 

“Bagaimanapun, saya mengalu-alukan pihak yang membuat kajian berhubung perkara itu boleh berkongsi kajian mereka dengan pihak saya,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran rasmi Selangor Intelligent Strata Property System (SISPS) di Glenmarie Golf and Country Club, hari ini. 

Dalam majlis tersebut, Rodziah bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Datuk Dr. Juhari Ahmad mewakili kerajaan Selangor menandatangani dua memorandum persefahaman dengan tiga buah syarikat, Odesi Ecob Sdn. Bhd., Synergy ESCO (Malaysia) Sdn Bhd dan Scomi Group Bhd. 

Pada Disember lalu, Utusan Malaysia melaporkan, nilai hartanah di beberapa kawasan di Lembah Klang seperti di Shah Alam dan Hulu Langat berkemungkinan menurun akibat bencana terbabit. 

Menurut penganalisis ekonomi dari UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, Taman Sri Muda antara kawasan yang mungkin mengalami penurunan nilai hartanah, meskipun mendapat permintaan hartanah yang tinggi sebelum ini. 

Sementara itu, Rodziah mensasarkan pemasangan 6,000 lampu LED jimat tenaga dipasang di 1,000 perumahan berstrata di negeri itu pada tahun ini. 

“Selain perumahan berstrata, kita akan memperluaskan pemasangan lampu ini serta sistem solar di bangunan komersial dan bangunan kerajaan. 

“Menerusi sistem ini, pengguna dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mereka sehingga 80 peratus,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya