Ayam RM4 seekor di kedai bergerak - Utusan Malaysia

Ayam RM4 seekor di kedai bergerak

SAARANI Mohamad menunjukkan ayam yang dijual pada harga RM4 seekor melalui pembelian barangan lain bernilai RM25 ke atas pada program kedai bergerak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan negeri akan terus menawarkan jualan ayam segar standard pada harga RM4 seekor menerusi program Kedai Bergerak Negeri Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tawaran itu melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) untuk orang ramai yang membeli barangan keperluan lain dengan nilai lebih RM25 semasa program itu diadakan.

Menurutnya, jualan ayam pada harga RM4 seekor boleh dilaksanakan jika bekalan ternakan itu mencukupi.

“Selain boleh beli barang lain pada program ini, ada tawaran untuk membeli ayam pada harga yang sangat murah.

“Saya yakin PPPNP boleh melakukannya dengan membuat tawaran yang sama dengan syarat ada ayam sebab mereka ternak ayam,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2022 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Saarani mengulangi pendirian Perak tidak akan mengikuti langkah kerajaan negeri Selangor menetapkan harga siling runcit ayam standard RM8 sekilogram.

Menurutnya, ini kerana tiada jaminan harga tersebut hanya akan dinikmati oleh rakyat di negeri tersebut.

Beliau berkata, sebaliknya jika mahu menurunkan harga barangan, ia perlu dilakukan secara menyeluruh.

“Saya ambil contoh semasa saya jadi Pengerusi Yayasan Bina Upaya (YBU), kita guna kedai bergerak, tujuannya  kita turun padang menjual barang dengan harga murah kepada orang miskin.

“Tapi siapa boleh halang orang kaya datang membeli? Ada pekedai runcit pun datang beli sebab harga barang murah, jadi ini tidak adil.

“Tiada mekanisme untuk kita mengesan orang yang tak sepatutnya beli barang murah ini, dia pun beli juga,” katanya.

Mengenai program hari ini, Saarani berkata, kerajaan negeri buat julung kalinya mengadakan Hari Bertemu Pelanggan dengan penglibatan 151 jabatan dan agensi kerajaan negeri merangkumi 110 kaunter khidmat pelanggan, 33 gerai  pameran dan lapan perkhidmatan bergerak. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya