ATV produk baharu  edu pelancongan UPSI - Utusan Malaysia

ATV produk baharu  edu pelancongan UPSI

PENGUNJUNG mencuba ATV di Kampus Sultan Azlan Shah UPSI di Tanjung Malim kelmarin. - UTUSAN/IHSAN UPSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM:  Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) memperkenalkan aktiviti lasak, All Terrain Vehicle atau ATV sebagai salah satu produk edu pelancongan di universiti itu.

Sebanyak 10 buah ATV  telah dibeli dan diperkenalkan di UPSI semasa Majlis Amanat Naib Canselor UPSI kelmarin.

Naib Canselor UPSI, Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, aktiviti ATV di UPSI akan dipasarkan sebagai produk pelancongan pendidikan kepada semua pengunjung yang berminat. 

“UPSI yakin kaedah pendidikan melalui aktiviti lasak itu akan menarik minat orang ramai untuk mempelajari sejarah, sains, geografi dan pelbagai bidang lain berbanding kaedah konservatif,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni),  Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin berkata, aktiviti ATV diuruskan oleh Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy atau Aurora.

Menurutnya, aktiviti itu akan menjadi pemangkin kepada semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar melalui konsep ‘Earn and Learn’.

“Melalui konsep ini, pelajar UPSI akan dilantik sebagai fasilitator dan menguruskan pelancong yang datang sambil belajar dan menjana pendapatan,” katanya.

Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr. Mazuki Mohd. Yasim pula memberitahu, Aurora di bawah pengendalian pusat itu.

“Aktiviti ATV  memberikan peluang kepada peserta untuk menikmati keindahan alam semula jadi yang menghijau dan trek laluan lasak mencabar yang akan menjadi tarikan utama kepada pelancong yang datang ke Daerah Muallim dan UPSI khususnya,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya