Arus deras, 'abang Viva' belum dapat berkhidmat - Utusan Malaysia

Arus deras, ‘abang Viva’ belum dapat berkhidmat

AZWAN Omar tiba di Terengganu awal pagi ini dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Triton di Hulu Terengganu. - NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Abang Viva‘ atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30, masih belum dapat berkhidmat membantu mangsa-mangsa banjir di daerah ini susulan arus yang terlalu deras.

Azwan berkata, situasi itu berisiko untuk bot-bot masuk ke tempat-tempat yang terputus hubungan jalan darat.

“Saya terkilan lewat sampai kerana di lokasi pertama tadi paras air makin surut dan mangsa-mangsa pun sudah berpindah. Bagaimanapun, di beberapa lokasi lain di daerah ini arus masih lagi deras dan berisiko untuk bot masuk,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Belukar Bukit di sini hari ini.

Azwan berkata, selepas misinya selesai di Hulu Terengganu, dia merancang untuk ke Kelantan pula, namunn bergantung kepada keadaan semasa banjir.

Katanya, perjalanan ke negeri ini berjalan lancar dan tiba pada pukul 4.50 pagi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Triton yang dihadiahkan usahawan kosmetik, bulan lalu. 

Dia turut ditemani beberapa kenalannya dan bergerak secara konvoi. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya