6 penjuru bukan laluan mudah BN

6 penjuru bukan laluan mudah BN

CALON Barisan Nasional (BN), Hairi Md. Shah (kanan sekali) bersama calon-calon lain (dari kiri) Rasif Abu Bakar (Muda), Mohamad Riadz Mohd Hashim (Pejuang), Zulkifli Bujang (Perikatan Nasional), Norramadan Buan (Bebas) dan Dr. Zamil Najwah Arbain (PKR) yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Larkin selepas proses penamaan calon di Larkin, semalam. – mingguan/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Hairi Md. Shah tidak mengga­ngap perebutan sehingga enam penjuru di DUN Larkin sebagai pemecah undi, sekali gus memberi peluang mudah kepada Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi itu.

Sebaliknya, kata beliau, UMNO bersedia menerima cabaran sengit itu melibatkan beberapa gabungan parti utama termasuk calon Bebas.

Malah, beliau meng­alu-alukan penyertaan calon-calon yang diketengahkan parti bertan­ding kerana ia proses demokrasi yang sihat.

“BN kemukakan saya sebagai calon di kawasan ini, jadi waima calon itu datang daripada parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), PKR dan siapa sahaja, UMNO sedia terima apa saja cabaran daripada pihak lawan.

“Ini kerana walaupun parti itu kita lihat ba­nyak, tetapi inilah sistem demokrasi, kita tidak menolak sesuka hati dan kita harus menerima.

“Tohmahan (enam penjuru menyebabkan pecah undi dan me­nguntungkan BN) ini kita ambilnya sebagai satu perkara yang bagus sekiranya itu pemikiran orang di luar.

Namun BN tidak menganggap itu adalah peluang. Kami sentiasa bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN itu mutlak kepada kami,” katanya.

Calon nombor 6 itu ditemui Utusan Malaysia di Pusat Penamaan Calon (PPC), Dewan Serbaguna Jabatan Kerja Raya (JKR), Larkin, semalam.

Terdahulu, kerusi DUN Larkin menyaksikan persaingan enam penjuru melibatkan kesemua muka baharu terdiri da­ripada BN, Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), PKR, Muda dan Bebas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya