5,000 setuju anak divaksin di Kelantan

5,000 setuju anak divaksin di Kelantan

DR. Zaini Husin (tiga dari kiri ) menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki menerima vaksin dalam Majlis Pelancaran (PICK Kids) di Lobi HRPZ II di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hanya 5,000 borang dikembalikan selepas Jabatan Kesihatan negeri mengedarkan lebih 14,000 borang persetujuan untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICK Kids) di Kelantan sejak minggu lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zaini Husin berkata, maklum balas setakat 12 Februari lalu itu melibatkan kanak-kanak berumur antara 5 hingga 11 tahun bagi pelaksanaan PICK Kids yang bermula hari ini di Kelantan.

Berdasarkan perkembangan itu, kata beliau, sambutan ibu bapa terhadap PICK Kids di negeri ini diakui masih belum menyeluruh.

“Kita akan meningkatkan usaha menyedarkan ibu bapa mengenai kepentingan mendapatkan suntikan vaksin dalam kalangan kanak-kanak sebagai usaha mengelakkan risiko jangkitan Covid-19 lebih teruk. 

“Kita sasarkan 80 peratus kanak-kanak di Kelantan menerima vaksin dan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan, lebih 400 sekolah telah dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Pelancaran PICK Kids Peringkat Negeri Kelantan di Lobi Hospital Raja Perempuan Zainab (HHRPZ II), di sini.

Mengulas lanjut, Zaini berkata, melalui pemerhatian pihaknya, kebanyakan ibu bapa bukan menolak vaksin, sebaliknya mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membenarkan anak masing-masing menerima vaksin.

Mengikut Jabatan Perangkaan 2021, populasi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun di Kelantan adalah 219,000 orang manakala data kohort kelahiran Jabatan Kesihatan pula seramai 168,023 orang.

Sementara itu, bilangan murid dalam kelompok usia tersebut yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Kelantan pula dianggarkan seramai 114,685 orang. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya