24,466 kes baharu Covid-19 - Utusan Malaysia

24,466 kes baharu Covid-19

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 24,466 kes baharu Covid-19 semalam, berbanding 27,299 kes positif yang dicatatkan pada 26 Februari lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah tersebut, sebanyak 22,380 kes sembuh, kes import (246 kes), kes tempatan (24,220 kes) dan 948 kes melibatkan bukan warganegara.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 353 kes, dengan 146 kes disahkan Covid-19 207 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 193 kes, dengan 86 kes disahkan Covid-19; 107 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, katanya, daripada 24,466 kes harian yang dilaporkan pada 27 Februari 2022, sebanyak 105 kes (0.43 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 24,361 kes (99.57 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes adalah kategori 1 (8,704 kes), kategori 2 (15,657 kes), kategori 3 (51 kes), kategori 4 (34 kes) dan kategori 5 (20 kes).

Katanya, daripada 105 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 27 Februari, 25 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi.

“Sebanyak 56 kes telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak, 24 kes telah menerima dos penggalak, 53 kes berumur 60 tahun dan ke atas dan 36 kes mempunyai komorbid,” katanya.

Setakat ini, sebanyak 6,779 kluster dicatatkan, dengan lima kluster baharu dan 484 kluster yang aktif, manakala 6,295 kluster telah tamat.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya