UMNO Pasir Salak turun padang hulur sumbangan di Selangor, Pahang - Utusan Malaysia

UMNO Pasir Salak turun padang hulur sumbangan di Selangor, Pahang

UMNO Pasir Salak turun padang membantu mangsa banjir di Selangor dan Pahang dimana seramai 180 keluarga telah menerima sumbangan barangan elektrik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO Pasir Salak ‘turun padang’ membantu mangsa banjir di beberapa buah negeri.

Ia dipimpin beberapa ketua yang dilantik bagi menyampaikan sumbangan dan hasrat daripada Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Misi bantuan itu telah dimulakan sejak minggu lalu di beberapa buah negeri yang terkesan dengan banjir iaitu Selangor dan Pahang dengan pembahagian 12 kumpulan.

Menurut Pengarah misi bantuan banjir UMNO Pasir Salak, Abdul Hamid Abidin berkata, beberapa bentuk sumbangan telah diberikan kepada mangsa banjir dalam bentuk perkakas dapur.

“Untuk misi yang kita jalankan, seramai 180 keluarga mangsa banjir di 18 kawasan parlimen telah menerima sumbangan daripada kami, termasuklah barangan elektrik, dapur memasak, periuk nasi, kipas, tilam dan cerek. Selain itu, kami juga membuat pembersihan rumah mangsa banjir di beberapa kawasan.

“Kami tidak memberikan bantuan dalam bentuk makanan sebab banyak pihak sudah memberikannya. Jadi, kita berharap dengan bantuan ini, ia dapat membantu untuk meringankan beban mangsa, ada yang menerima bantuan itu dengan mengalirkan air mata, mereka sangat menghargai pemberian Datuk Seri Tajuddin,” katanya.

Selain kekuatan jentera UMNO Pasir Salak, jelas Hamid lagi, mereka turut dibantu Ketua Bahagian UMNO di kawasan parlimen yang terlibat.

Malah, beberapa kolaborasi daripada pihak lain untuk menghulurkan bantuan seperti membaiki motosikal yang terkesan akibat banjir juga dibuat bagi meringankan beban mereka.

“Jadi, ia memudahkan tugasan kami untuk berurusan dan mengenal pasti keluarga mangsa yang benar-benar memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa. Terima kasih kami ucapkan.

“Semoga musibah yang melanda ini dapat merapatkan lagi silaturrahim di antara jentera UMNO Pasir Salak serta jentera UMNO di negeri-negeri lain,” ujarnya lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya